Satu Penghinaan..!! Zambry dan Suara Perak Perlu Segera Mohon Maaf

Berita dari Suara Perak Bil.2 (15 Okt - 15 Nov 2009) muka surat 14 dalam tajuk "Seharai Bersama Rakyat Di Parlimen Kampar"melakukan suatu penghinaan kepada penduduk Kampung Jahang,apabila tercatat dalam berita tersebut pada muka surat 14 iaitu :

"Lawatan sehari (Zambry) diteruskan dengan berkunjung ke penempatan orang asli Kampung Jahang,dimana beliau dan isyerti Datin Seri Saripah Zulkifli menghabiskan masa hampir sejam bersama 2 000 masyarakat orang asli di situ."

Adalah dimaklumkan bahawa penduduk Kampung Jahang adalah perkampungan orang melayu seratus peratus yang beragama islam,tidak terdapat langsung orang asli seperti yang tertulis di atas.Ini adalah satu "Penghinaan" terhadap penduduk kampung Jahang.

Pembohongan secara terang-terangan juga di lakukan oleh penulis apabila jumlah kehadiran yang dianggarkan 500 orang pada hari tersebut telah dengan sengaja ditulis sehingga 2000 orang.

Ramai dikalangan penduduk Kampung Jahang yang telah membaca majalah "Suara Perak"ini, rasa terhina dan berkecil hati,mereka meminta Zambry selaku MB segera memohon maaf di atas penghinaan tersebut,dan menasihati penulis lebih berhati-hati dalam tulisan mereka.

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter