UMNO suka caci mencaci dan memaki hamun

Aku teringat di tahun 1990 an, waktu Mahathir memerintah Malaysia, Mahathir kata jangan tengok dan dengar ceramah PAS sebab PAS ni ceramah dia maki hamun orang sahaja. Waktu tu, pengikut UMNO yang fanatik dan totok pun dok ulang cakap beliau macam radio buruk UMNO.

Walaupun sebenarnya banyak fakta yang telah diselewengkan. Mahathir ni orang tua yang cepat pelupa. Jadi aku tak kisah sangat. Sebab itulah dia sorang je kata BTN tu tak payah tukar. Bagus untuk negara. Dia sendiri yang cakap melayu mudah lupa kan...jadi aku maafkanlah dia. Dia lupa sape yang bentuk BTN dan apa tugas BTN sebenarnya. Takpe..aku tahu Mahathir mudah lupa...

Kebelakangan ini, UMNO pula mengambil jalan terkebelakang. Jika dilihat pimpinan UMNO dan dalam BN umumnya bercakaran dan saling tuduh menuduh antara mereka. Di Kalangan BN itu sendiri begitu rapuh. Bagaimana pula pakatan diantara mereka ini dilihat mampu mentadbir negara dengan baik? Kita dapat perhatikan BN dahulunya tenang kerana pembangkang tidak begitu kuat dan menggerunkan. Tetapi kebelakangan ini BN takut dan bergaduh sesama sendiri kerana melihat kekuatan gelombang pembangkang begitu kuat sehingga membadai teruk pertahanan BN.

Kerana itulah kalau kita lihat para penyokong UMNO dan para bloggernya lebih banyak melemparkan ayat-ayat memaki hamun, berupa cacian dan makian demi menarik perhatian rakyat membacanya. Kalau kita lihat tajuk merekapun kita sudah tidak sanggup membacanya. Penyokong UMNO sanggup memakan daging saudara seislam apabila melakukan fitnah berterusan tanpa bukti. Mereka lupa Allah sedang memerhatikan kita semua. Mereka lupa mungkin sebentar lagi, esok, mereka akan mati mengadap Allah swt.

Namun kita perlu faham, inilah petandanya UMNO dan BN semakin terdesak dan takut rakyat akan bangkit menentang mereka. Apa sahaja yang mereka katakan tidak dapat dibuktikan. Malang sungguh mereka-mereka.

TAKBIRR!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter