Wakil Rakyat atau Kuli Rakyat??

Teringat aku dalam satu dialogue di UREKA, YB Ngeh Hoo Kam, ada menyentuh tentang peranan dan fungsi sebenar seorang wakil rakyat.

Dia kata, tugas atau peranan ahli Parlimen ialah membaca, mentelaah dan membuat kajian tentang dasar-dasar yang akan dilaksanakan dan digunapakai oleh negara dan bagaimana nak mengimplementkannya dengan sebaik mungkin demi kepentingan negara dan rakyat dapat menikmati faedah daripadanya. Semua dasar-dasar tersebut mesti dibahaskan dengan terperinci, dari segi pro dan kontranya, sebelum kata putus diambil dan diperkenalkan. Begitulah lebih kurang bunyi katanya. Oleh itu, peranan utama mereka ialah memerah otak untuk menentukan dasar-dasar yang konkrit dan baik demi kesejahteraan rakyat dan negara .

Tetapi di Malaysia... fungsi ahli parlimen dah tersasar. Di sini, MP lebih sibuk memberi tumpuan bagaimana nak menyelesaikan masalah rakyat di kawasan mereka seperti hal-hal yang ada kaitan dengan pembangunan dan kebajikan mereka. Itu sepatutnya adalah tanggung jawab pihak berkuasa tempatan dan kerajaan semasa.

Tetapi.... oleh sebab demokrasi di sini ala-Malaysia, maka MP terpaksa turun padang untuk tackle masalah rakyat. Ini pulak yang menjadi prioriti dalam melaksanakan peranan mereka. Kalau tidak dilaksanakan... MP dikatakan gagal berkhidmat untuk rakyat. Jika gagal... dalam pilihan raya yang berikutnya, malaplah peluang untuk menang. Nak menang... hati rakyat mesti dipuaskan dan kawasan mesti tip-top.

Inilah peranan ahli Parlimen yang disuntikkan oleh kerajaan UBN ke dalam pemikiran rakyatnya selama ini. Dan... kesempatan ini jugalah, yang diambil oleh UBN untuk menganiaya MP-MP dari parti pembangkang. Bagaimana??

Mereka memberi fokus kepada pembangunan sebagai indikator atau petunjuk kejayaan seseorang MP di kawasan masing-masing. Lepas tu... mereka sekat peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada setiap kawasan yang dikuasai oleh pembangkang. Misi dan nawaitu mereka supaya pembangunan di kawasan MP pembangkang terkebelakang daripada mereka. Kemudian... mereka canang propaganda yang MP pembangkang gagal membawa pembangunan di kawasan mereka.... dengan harapan kawasan tersebut akan dikuasai pulak oleh mereka. Sebab itu... setiap kali pilihan raya, modal mereka untuk menarik undi ialah dengan menaburkan gula-gula pembangunan!!

Mereka sebenarnya tidak suka ada pembangkang di Parlimen dan jika ada pun.. mereka tak mahu pembangkang yang kuat. Kuat... dalam erti kata, banyak bilangan MP pembangkang di Parlimen. Mengapa??

Eleh... senang mereka nak bermaharaja lela. Mereka boleh menjadi raja dan buat apa yang mereka suka pada harta dan kekayaan negara. Mereka boleh buat seperti harta mak bapak mereka punya!!! Tanpa pembangkang yang kuat, mereka boleh menjadi TUAN atau RAJA kepada rakyat.

Kerajaan UBN... sebenarnya bukan kerajaan, dari rakyat untuk rakyat. Tetapi... kerajaan TUAN kepada HAMBA.. yang dapat sesuatu dengan belas ehsan TUAN mereka. Tengok apa berlaku pada hak petroleum Terengganu dan Kelantan?? Royalti, seperti yang tertera dalam perjanjian, mereka boleh pusing cakap, jadikan ia wang ehsan. Inilah yang dikatakan demokrasi ala-feudalisma Satu Malaysia. TUAN yang jadi RAJA akan bebas merampas hak rakyat jelata!! Beta boleh buat apa beta punya suka, sebab... ini negara mak bapak beta punya!!

Bagi para pemimpin UBN serta para penyokong mereka yang sudah diimplankan dengan program ini ke dalam otak mereka, mereka akan terima tindak tanduk UBN dengan begitu saja tanpa banyak soal. Telan apa saja yang disuap, asalkan perut kenyang. Yang penting perut kenyang!! Pemimpin hidup senang lenang... selagi rakyat dapat dibanggangkan.

Kefahaman rakyat tentang erti demokrasi yang sebenarnya serta peranan MP tidak ditonjolkan... malah dikaburkan. Sebab... kalau rakyat benar-benar faham, maka musnahlah penguasaan UBN ke atas politik Malaysia pada masa akan datang. Justeru itu... rakyat mesti terus diperbodohkan.

Disebabkan.... mindset ini telah tertanam kukuh di dalam otak rakyat, maka.. mau tak mau MP-MP terutama dari pihak pembangkang terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Mereka terpaksa menjadi kuli rakyat. Mereka terpaksa berkorban masa dan wang ringgit demi rakyat. Namun rakyat kena faham... dengan pelbagai sekatan daripada UBN, kemampuan mereka terbatas. Oleh itu, di pihak rakyak pula.... mesti memahami dan berkorban sama. Bolehkah rakyat berubah?? Atau... bolehkah kita ubahkan mindset mereka?? Setelah sekian lama mereka digulakan dengan gula-gula pembangunan, rasanya dalam jangka masa yang pendek, agak susah untuk mereka lakukan anjakan padigma.

Aha... it's an uphill task tapi kita mesti terus mencuba dan jangan putus asa. Kefahaman tentang peranan sebenar MP mesti disebarluaskan supaya rakyat tahu, peranan dan fungsi sebenar setiap entiti dalam sistem demokrasi. Membangun atau tidaknya sesuatu kawasan itu adalah tanggungjawab kerajaan semasa bukan wakil rakyatnya. Kerajaan yang adil dan demokratik, tidak akan menganaktirikan sesuatu kawasan terutamanya kawasan pembangkang.

Rakyat mesti diperlakukan secara adil... No double standard!! Kerana... rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia. Tidak ada rakyat UMNO, rakyat MCA, rakyat PAS, rakyat DAP, rakyat PKR, rakyat MIC and so on. Kita semua rakyat Malaysia. Hak untuk menikmati pembangunan secara adil adalah hak setiap rakyat Malaysia.

Gagal melaksanakan tanggungjawab dan memenuhi hak rakyat secara adil... adalah KEGAGALAN KERAJAAN SEMASA!! Kerajaan apa?? UMNO/BN!!! Kita tidak boleh menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut bulat-bulat ke atas bahu MP.

Malangnya... rakyat di kawasan pembangkang diperlakukan seperti rakyat kelas kedua. Inilah hakikat yang berlaku sekarang. Pembangunan di kawasan pembangkang, kerajaan UMNO/BN lepas tangan, malah.. sekat lagi peruntukan untuk kawasan mereka. Kemudian MP pembangkang pulak yang dipersalah dan dibelasah.... kononnya gagal membawa pembangunan ke kawasan mereka. UBN memang samseng!! Tetapi... samseng yang tak bertelor... Tunjuk terror dengan membelasah pembangkang setelah ikat tangan mereka ke belakang. Lepas itu... mengaku yang mereka juara rakyat. Pooodaahhh!!!

Apa-apa pun...buat masa ini, kerana itu yang menjadi lumrahnya politik di Satu Malaysia, kita terpaksa akur dan mengikut arus bagi memudahkan pelayaran kita ke destinasi yang dituju. Semua MP dan ADUN Pakatan Rakyat... turunlah ke padang dan menangi hati rakyat. Tunjukkan keikhlasan hati. Bantu apa yang perlu. Hulur mana yang patut serta usahakan mana yang termampu. Biar rakyat nampak keikhlasan dan kesungguhan kita.

Oleh sebab... rakyat masih ada persepsi yang wakil rakyat adalah pihak yang berkhidmat untuk mereka.... maka jadilah WAKIL RAKYAT yang benar-benar BERJIWA RAKYAT... yang DEKAT dan LEKAT di HATI RAKYAT. Semoga dalam PRU13 nanti.... kita dapat perluaskan kuasa kita, ke lebih banyak negeri di Malaysia.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter