BETUL KE APA YANG MUKHRIZ DAKWA???

Dakwaan Mukhriz terhadap Anwar: Betul atau Satu Pembohongan???: M3M Di PerakExpress

Dalam berita akhir Astro Awani Global tengah malam tadi..... teman terdengor Mukhriz Che Det mendakwa bahawa Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia dalam majalah The New Yorker..... dalam satu majlis di kawasan parlimen nyer di Jerlun Kedah.


Kata Mukhriz, Anwar mendakwa yang konon nyer dia dan parti nyer, PKR ... sentiasa diawasi oleh polis. Weh..... betoi ke hang ni Mukhriz??? Hang jangan nak tuduh sebarangan.... cakap dok ikut sedap mulut hang jer..... Nanti hang kena saman baru hang tau.... Udah ler pak hang, Anwar saman..... nantu dengan hang-hang pun dia saman sebab capoi mulut.!!!


Oleh sebab, rasa curiga dengan tuduhan Mukhriz..... teman pun bukak internet dan cari ler artikel tersebut dan jumpa ler..... Baca punya baca..... cari punya cari.... tak jumpa pulak apa yang didakwa. Tak der pulak.... kenyataan Anwar yang mengatakan dia dan parti nyer diawasi sentiasa oleh polis..... Isy.... ya bebenor sikit Mukhriz....!!!


Ini ler dia artikel yang ditulis oleh Ian Buruma: Letter from Malaysia (Easten Promises), The New Yorker, May, 18.2009.p.33
http://www.newyorker.com/reporting/2009/05/18/090518fa_fact_buruma

Artikel tersebut, cuma menceriterkan tentang perjalanan hidup Anwar Ibrahim semenjak dari zaman pelajar nyer dan bagaimana karier politik Anwar dalam parti siasah bermula sehinggalah beliau dipecat sebagai TPM Malaysia oleh bapa kepada Mukhriz, sebab-sebab dia dipecat, pemenjaraan nyer, pembebasan nyer, serta apa yang dilalui nyer selepas itu. Selain itu, penulis juga menerangkan bagaimana Anwar kembali menjejakkan kaki ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia iaitu setelah menang besar dalam pilihan raya kecil Permatan Pauh dan bla....bla....bla.... lagi. Tapi, for sure.... tidak ada apa-apa pun seperti yang didakwa oleh Mukhriz.


Pelik bin ajaib teman.... mengapa Mukhriz berkata demikian??? Apa sebenar nyer motif Mukhriz .... wallahualam.


Hangpa nak tau lebih lanjut, hangpa bukak address di atas dan hangpa bacalah sendiri. Kalau aku tersilap.... tolong bagi tau kat aku.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter